Jenis–jenis alat bantuan pernafasan Alat bantuan pernafasan

Alat bantuan penafasan ini terbahagi kepada dua jenis iaitu alat bantuan pernafasan anesthesia dan alat bantuan pernafasan penjagaan rapi. Alat bantuan pernafasan anesthesia selalunya digunakan untuk membekalkan gas oksigen dan gas nitrogen kepada pesakit ketika operasi pembedahan dilakukan. Semasa pembedahan dilakukan pesakit berada dalam keadaan tidak sedar dan paru-paru pesakit tidak kuat untuk mengirup udara yang mencukupi. Jadi dengan bantuan mesin ini , gas oksigen akan di bekalkan dengan isipadu yang secukupnya kepada pesakit walaupun kadar penghirupan adalah minimum. Alat bantuan pernafasan penjagaan rapi(Intensive Care )selalunya digunakan secara sementara untuk membekalkan oksigen kepada pesakit-pesakit yang berada di wad-wad sakit. Tujuan mesin di gunakan adalah untuk mebantu pesakit-pesakit yang tidak mampu bernafas secara normal seperti kesakitan, kemalangan dan selepas pembedahan dan mengekalkan penafasan secara normal .